Sunday 24 April 2011

BERSYUKURLaH

“Maaflah Aida,saya selalu menyusahkan awak…Padahal masalah ini kecil je….,”perlahan suara Anis meluahkan….
Dia yang sedang menyarung kasut hanya tersenyum simpul….
Lantas dia bersuara,”sebenarnya saya cemburu sebab awak ada banyak masalah….tak macam saya…. Itu tandanya Allah sayangkan awak dan rindukan rintihan dan doa dari awak…Sekurang-kurangnya, saya nak juga merasa dipandang oleh Allah…sebab itu saya libatkan diri dalam masalah awak… Moga-moga Allah pandang saya juga”. Tenang bicaranya….
Anis terdiam…..hati kecilnya berbisik,Sungguh besar nikmat Allah buatku…Memiliki teman sepertinya tidak pernah ku jangka akan berlaku dalam hidup ini…..Barangkali Allah mahu aku sedar,bahawa diriku ini terlalu kerdil untuk berdiri di atas kaki sendiri….
Allah beriku bermacam-macam kekurangan….tapi di sebalik segala kelemahan itu, Allah kurniakan aku satu kekuatan…. Kekuatan persahabatan antara kami adalah satu anugerah yang memang tak mampu ku bayar…..hanya lafaz Alhamdulillah….  Terima kasih Ya Allah! ©
                                                                                                                                                                          
~itulah nikmat di sebalik ujian~
*Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma….
Itu jelas membuktikan Allah menyayangimu setiap masa….
Diuji dengan ketabahan sedang yang lain terbiar dilalaikan….
Maka bersyukurlah!!!!

shOrtstOriEs,,,,

JatUh hati???

Nur melangkah perlahan…  Niatnya untuk menuntut ilmu, menebus kembali kesilapan lalu…Mujur dia punya ayah dan ibu yang sentiasa menyokong anak-anak…. Keputusan Spm yang diterima memang tidaklah terlalu mengecewakan namun bagi Nur, ianya tidak seperti yang diharapkan… Apa pun, segala-galanya Nur dahului dengan rasa syukur, dikurniakan lagi rezeki untuk terus menimba ilmu….

Hari-hari biasa berlalu…Jadual yang sangat-padat….Kuliah dan kelas sehingga ke petang… Lama-lama Nur sendiri sudah biasa dengan rentetan hidup….  Ragam manusia memang bermacam-macam….. Ada yang sedang asyik bercinta,dan ada juga yang tungkus berusaha menggapai impian….Bak kata pepatah….Tak kenal maka tak cinta,,,,, Nur memang tak pernah bercinta… namun dunianya dibumi ilmu itu penuh dengan pasangan student memasang cinta mereka…Cinta monyet??? Nur tak pasti….namun dia bersyukur, Allah masih lagi melindunginya dari melakukan perkara yang sia-sia….. Nur memang seorang yang kurang bergaul dengan lelaki… Sikapnya juga agak pendiam….tapi dengan kawan-kawan perempuan, Nur seorang yang berbeza…ceria, suka ketawa….Kawan lelakinya boleh dihitung dengan jari, mungkin itu tarbiyah yang tidak seberapa yang diperolehinya… Takpe, kawan-kawan perempuan lagi best, bisik hatinya….
Namun, suatu hari….Nur telah jatuh hati… Dia sendiri tidak tahu bilakah perasaan itu muncul… “aku dah cuba jaga mata,tapi kenapa jadi macam nie jugak….”,keluh hatinya….. “Adik sayang, sangat susah dalam menjaga hati,menagawal pandangan saja tidak cukup kalau iman tidak dikukuhkan dalam hati….”, terngiang-ngiang bait-bait pesanan Kak Khadieja…. Jadi selama ini iman aku belum cukup kuat untuk melawan perasaan sendiri…dan akhirnya aku tewas dengan rasa cinta kepada manusia….
Saat itu, hidup Nur memang tidak keruan…. Disaat terpandang insan itu, hatinya sentiasa berdegup laju dan sangat kencang,,,, Pernah satu ketika tangannya menggeletar di saat terpaksa beratur di belakang insan tersebut,,,,,”ya Allah, kenapa dengan aku nie….???Astagfirullahalazim…”, Nur pinta kekuatan… Adakah ini cinta, atau monyet punya cinta???Nur bertanya sendiri…Insan itu pula macam memberikan reaksi yang positif….Nur malas membuat andaian…. Pelik, tapi jantungnya sentiasa berdegup kencang, seakan-seakan memberitahu bahawa insan tersebut ada dekat dengan dirinya, dan selalunya naluri itu sangat tepat.. Ternyata, insan tersebut ada di situ… dan Nur makin tak mengerti…..dan bingung dengan perasaan hati...
Hari-hari tetap dilalui, walau apa pun yang dialami, takkan sedikit pun melemahkan semangat untuk terus mengutip ilmu… “kak, saya keliru dengan identiti diri saya…”,luah Nur saat dia berbicara dengan kakaknya melalui telefon… “Dik, pencarian identiti memang sesuatu yang rumit,,,namun apa yang penting,jadikan diri selaras dengan kehendak Islam… Muslimah sejati idaman Islam”, akhir bicara Kak Dieja…. Nur ingin cerita kan apa yang berlaku kepada dirinya namun dia malu…  Dulu Kak Dieja juga pernah bercinta, tapi cinta llahi sangat hebat, tarbiyah yang datang membawa Kak Dieja ke arah cinta yang lebih abadi…..
Tapi aku???emm…Nur mengeluh perlahan…Dalam kekusutan, dia masih menjaga amalan seharian…. Dalam doanya, dia mohon ditunjukkan jalan yang terbaik….Namun doanya masih belum menemukan jawapan….Kadang-kadang dia lemah dengan perasaan sendiri, bila tersedar, dia beristighfar…”kenapa aku tengok dia???”,rungut hatinya….Terlalu sukar untuk mengawal hati disaat hati sudah dikawal dengan satu perasaan,,, Nur perlukan satu jawapan agar dia tidak tersalah pilih jalan…. Ya Allah,, ku pohonkan kekuatan………
Kekuatan…takkan datang dengan sendiri…tapi ia perlu dibina….Suara hatinya seakan-akan berbisik…. Jangan pinta untuk menukar arah tapi pintalah agar diilhamkan cara untuk mengharunginya… Nur cuba memotivasikan diri… Sesungguhnya Allah Maha Penyayang… Kadang-kadang manusia sering diuji kerana kelekaan hati…terlampau yakin iman sudah mencukupi, mungkin inilah khilafku… Nur muhasabah diri…
Sahabat-sahabat membantu Nur mengenali diri sendiri… Allah mengirimkan sahabat-sahabatnya sebagai jawapan persoalan diri...Nur sangat malu untuk bercerita tapi sahabat2nya macam memahami isi hati Nur, Subhanallah….”Memang kita tak dapat lari dari perasaan Nur,tapi jangan sampai satu masa, perasaan itu mengawal kita hingga kita leka dengan Allah… Ana tak mampu nak paksa kawan2 dari berhenti menghubungi kawan lelaki, namun pengalaman mengajar ana….lelaki dan perempuan memang ada magnet…bila dah terlampau rapat, hati kita akan jadi terlampau asyik,hingga kadang-kadang ana sendiri terleka,solat pun selalu lambat…Ana doakan semoga anti tak jadi macam ana dulu….”,kongsi teman Nur,Aina….sempat juga Aina berdoa untuk temannya.. Itulah fitrah bersahabat,saling mendoakan…
Nur berfikir sendiri….Kata-kata dan pesan sahabat-sahabatnya sentiasa diminda…. ”Nur, pernah dengar tak fasal FITNAH WaNITa?”,kali nie Arina pula menyoal… Nur mengangguk seraya menjawab,”tapi…ana pun tak faham sangat ape mendenye tue..hehe”. Nur segan-segan… Arina tersenyum…. “Nur, fitnah wanita ialah wanita yang membuatkan lelaki menjadi leka  dengan suruhan Allah…Hati mereka lebih mengingati perkara-perkara melalaikan daripada mengingat Allah…”, ringkas namun  cukup untuk Nur memahaminya…. “Jadi,sebab itulah kita digalakkan menjaga aurat serta pandangan…jangan biarkan diri kita menjadi penyebab kepada masalah umat pada hari nie…”,sambungnya lagi… Nur terdiam…~adakah aku telah menjadi fitnah wanita??? Selama ini aku pernah menghubungi kawan lelaki, tapi aku takde perasaan pun… tapi macammana kalau kawan lelaki tue yang ade perasaan kat aku, dan mungkin aku tak sedar aku dah mengotorkan hati dia dengan zina hati apabila dia terfikirkan aku….Takutnya Ya Allah, hati Nur terasa sangat kerdil di mata Allah…
“Ana tak nafikan,Nur memang cantik… ana yakin mesti ada dikalangan kawan-kawan lelaki awak pernah simpan perasaan pada Nur…”,bunyinya seperti pujian namun Nur mengerti, kata-kata itu,hakikatnya ia satu peringatan…. “tapi ana yakin, anti bukan saja cantik di luar tapi insya-Allah dalam hati juga…Moga Allah lindungi kita semua agar kita tak tersasar dari matlamat untuk mencari redha Illahi..”,kata-kata akhir dari Arena sebelum kami berpisah untuk pulang ke kamar rehat masing2..
 Dalam langkahan, fikirannya ligat memikirkan situasi yang berlaku pada abad ini… Dia tidak dapat menafikan bahawa fitnah wanita antara faktor yang mendorong bermacam2 masalah sosial zaman kini… Kalaulah semua wanita menyedari yang diri mereka adalah punca kelalaian insan lain dalam menunaikan kewajipan kepada mereka sebagai seorang hamba kepada Penciptanya, pemimpin dalam sebuah keluarga dan seterusnya memimpin generasi umat yang akan datang… Pastinya setiap wanita takut untuk mengotori hati mereka dalam kebahagiaan cinta yang penuh dengan dosa dan sangat-sangat mendekati kancah penzinaan…
Teringat Nur sepotona ayat dalam surah Ar-Rum,ayat 64:
‘dan kehidupan didunia ini hanya senda gurau dan permainan…dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenar,sekiranya mereka mengetahui….’
Juga ayat ke32 dalam surah ke-17…,’janganlah menghampiri zina..’
Allah mengingatkan menghampiri zina itu dilarang,apatah lagi melakukannya….tapi adakah aku juga  menghampirinya?? Ya Allah…..
Nur bangun awal pagi….dalam solatnya dia memohon ampun kepada Allah… Andainya cinta itu hanya ujian untuk menguji keimanannya, Nur akan cuba menghadapinya…Hari yang dilalui memang sukar, untuk melupakan satu perasaan yang pernah hadir memang bukan perkara mudah…Tapi dia tekad, baginya, apa yang dilakukan itu satu pengorbanan, jika dia tidak melangkah dua jiwa akan hanyut ditenggelami nafsu dan hasutan syaitan…Melawan hawa nafsu juga satu jihad, hati Nur sentiasa bermotivasi,membina kekuatan…
Tiap kali terpandang insan itu, Nur segera mengalihkan pandangan, hati kecilnya sangat takut andai pandangan dari mata turun ke hati itu adalah panahan syaitan lantas membuatkan dirinya jauh dari cinta Illahi…Semakin lama, Nur menjadi semakin kuat…Pada masa yang sama, Nur banyak  menghabiskan masa bersama-sama sahabatnya…Tidak semua insan menerima ujian yang sama… Ujian Anis lebih hebat…Dia hidup dalam serba kekurangan namun jiwanya sangat kaya… Kadang-kadang Nur cuba membantu, menghulurkan makanan, berkongsi masalah dan macam2 lagi…
Hakikatnya ada cinta yang lebih bermakna dan membahagiakan…iaitu cinta sesama teman, kenapalah selama nie aku tak perasan pun semua nie…Nur menghela nafas….. Teringat Nur pada penanda buku yang diperoleh daripada Sabrina,
Semoga jalinan ini kekal hingga ke akhirat….Bila berkawan, sebaik mana sebuah persahabatan itu, bukan diukur selama mana mereka saling mengenali atau sedalam mana mereka saling memahami….tapi tautan ukhwah antara sahabat itu di ikat oleh kekuatan iman mereka, jika teguh iman, maka teguh lah tali persahabatan sesama mereka…dan itulah rahsia eratnya persahabatan Muhajirin Ansar terhadap umat Islam satu ketika dahulu….
****************************************************************************************
“Nur, marilah sini tengok gambar-gambar time kami tengah bercamping…”,pelawa Suraya…. Nur menyambut pelawaan itu dengan melangkah ke arah rakan-rakan sekelasnya yang sedang berkumpul.. “Wah,bestnya…ada air terjun…,”kagum Nur dengan ciptaan Illahi… Tiba-tiba matanya tertancap dengan ‘sesuatu’ yang kurang menyenangkandalam gambar seterusnya… Nur terpandang insan itu yang dalam keadaan berseluar pendek menampakkan auratnya…. Dia menghela nafas perlahan…Nur seperti mahu menangis,…dan pastinya tangisan itu bukan kerana kecewa…Sebaliknya Nur bersyukur, Allah sudah memperkenankan doanya…. Kini dia lebih yakin, ‘cinta’ itu bukanlah cinta yang sebenar…. Hatinya berbicara sendiri, Sesungguh perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik….janji Allah adalah suatu yang pasti…. Nur berdoa agar andai satu hari nanti dia ditakdirkan jatuh cinta lagi, biarlah cinta itu hanya untuk mendapatkan redha Ilahi… dan semoga cinta yang sebenar-benar itu akan membawanya kepada kebahagiaan yang bukan sahaja didunia malah di sana juga…. Dan Semoga insan itu dikurniakan hidayah serta petunjuk oleh Allah, sesungguhnya hanya Dia yang berhak memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya….
Kini Nur lebih mengerti…. Cinta itu dibiarkan datang sendiri kerana Nur sudah temui cinta yang lebih pasti kini….ALHAMDULILLAh Tamat………………
 #kisah ini diadaptasi dari kisah hidup yang sebenar khas buat insan2
yang pernah merasai perkara yang sama….
Dan pernah rasa keliru tentang cinta
Dan buat insan2 yang pernah jatuh cinta

Tuesday 19 April 2011

abOut appLe... ~so sWeEt

mUsLimah seJati iDaman iSLam
GiRLs are liKe aN AppLe on the treEs....
tHe bEst appLes are aLways oN thE tOp Of the trEes..
The Boys dOnt want tO reAch for thE good oNe
bCoz they are afRaid oF faLLinG and Getting huRt....
InsTEad, tHey just get tHe rOtten apples frOm the grOund tHat are not as gOod but Easy...
So thE appLes at the Top aLways thInk sOmething wRonG with tHem.....
bUt in ReaLity....
RenuNgkan berSamA......
They aRe aMaZing....
They jUst have to wait fOr the riGht boYs to come aLOng ...
thE oNe wHo is BraVe EnOugh to cLimb uP tO thE tOp of the tRee....