Sunday 24 April 2011

BERSYUKURLaH

“Maaflah Aida,saya selalu menyusahkan awak…Padahal masalah ini kecil je….,”perlahan suara Anis meluahkan….
Dia yang sedang menyarung kasut hanya tersenyum simpul….
Lantas dia bersuara,”sebenarnya saya cemburu sebab awak ada banyak masalah….tak macam saya…. Itu tandanya Allah sayangkan awak dan rindukan rintihan dan doa dari awak…Sekurang-kurangnya, saya nak juga merasa dipandang oleh Allah…sebab itu saya libatkan diri dalam masalah awak… Moga-moga Allah pandang saya juga”. Tenang bicaranya….
Anis terdiam…..hati kecilnya berbisik,Sungguh besar nikmat Allah buatku…Memiliki teman sepertinya tidak pernah ku jangka akan berlaku dalam hidup ini…..Barangkali Allah mahu aku sedar,bahawa diriku ini terlalu kerdil untuk berdiri di atas kaki sendiri….
Allah beriku bermacam-macam kekurangan….tapi di sebalik segala kelemahan itu, Allah kurniakan aku satu kekuatan…. Kekuatan persahabatan antara kami adalah satu anugerah yang memang tak mampu ku bayar…..hanya lafaz Alhamdulillah….  Terima kasih Ya Allah! ©
                                                                                                                                                                          
~itulah nikmat di sebalik ujian~
*Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma….
Itu jelas membuktikan Allah menyayangimu setiap masa….
Diuji dengan ketabahan sedang yang lain terbiar dilalaikan….
Maka bersyukurlah!!!!

No comments:

Post a Comment